DALAM tradisi masakan Cina, dim sum adalah makanan popular sejak ribuan tahun lalu ketika Dinasti Han sehingga Dinasti Yuan pada abad ke-14 Masihi.Ia biasanya digemari petani, buruh dan pedagang yang singgah untuk makan tengah hari sambil dihidangkan dengan secawan teh panas.
Kini di The Junction Bistro, Hotel Seri Cempaka Menara PGRM, Cheras, terdapat hampir 100 jenis dim sum dengan rasa yang pelbagai. Biasanya dim sum dikukus kemudian dimakan bersama sos cili atau kicap.
Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan, Seri Cempaka Service Suites, Soh Chong Meng, idea menghasilkan dim sum stimbot datang daripada Pengarah Eksekutif, Datuk Lim Kheng Guan yang gemar berkunjung ke luar negara.
Daripada pemerhatiannya, dim sum sangat digemari masyarakat Cina dan Melayu, namun tidak banyak restoran menyediakan dim sum halal.
Atas dasar memenuhi kehendak pelanggan, hotel terbabit menyediakan dim sum halal stimbot yang dihidangkan setiap hari bermula jam 6.30 pagi sehingga 11 malam.
Bagi mendapatkan dim sum stimbot berkualiti, Soh menjalankan kajian selama enam bulan bagi mencari resipi terbaik dalam penyediaan dim sum stimbot. Ini kerana kulit dim sum yang lembut akan menyebabkan dim sum mudah hancur sekiranya terlalu lama dimasak.
Semua dim sum menggunakan bahan asli tanpa perasa tiruan atau monosodium glutamate (MSG). Bahan segar seperti ayam, udang, ketam serta sayur-sayuran hijau seperti bayam, kubis dan cendawan digunakan bagi memastikan kesegaran dim sum.
"Kami sentiasa memastikan semua bahan digunakan segar dan halal bagi menjamin kesegaran dan kelazatannya. Paling penting, dim sum adalah menu sihat kerana tidak menggunakan perisa tiruan, pewarna atau minyak.
"Begitu juga dengan sup yang dimasak lama bagi menghasilkan perisa semula jadi daripada tulang ayam. Rasanya yang manis dan masin adalah hasil daripada rasa ayam itu sendiri.
"Sekiranya dim sum dimakan setiap hari, ia membantu untuk mengurangkan paras kolesterol serta gula dalam darah," katanya.
Bagi menambah keenakan dim sum, tetamu boleh memilih sama ada menggunakan dapur gas atau arang bagi setiap hidangan. Penggunaan arang bagi mengekalkan rasa keaslian dim sum sama seperti dimasak ketika zaman dahulu.
Sempena Ramadan, hotel berkenaan menawarkan set dim sum stimbot termasuk ladu cendawan, bebola ikan, siew mai udang, siew mai ayam, ladu pak choy dimakan bersama sos cili dim sum, minyak bawang putih dan kicap cair.
Bagi menambah keenakan, dim sum boleh dinikmati bersama secawan teh Cina. Harga untuk setiap set sampingan dim sum bermula serendah RM2.80++ manakala set biasa bermula RM18++ seorang (minimum empat orang). Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi The Junction Bistro 03-92896888 sambungan 6811 atau layari laman sesawang www.scss.com.my
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dimsumhalal_berkhasiat/Article/index_html
No comments:
Post a Comment